Kelas Microsoft Word

25 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word telah diadakan pada 24 Julai 2020 bersamaan hari jumaat. Kelas tersebut merupakan permintaan daripada seorang komuniti yang ingin memahirkan diri menggunakan MicrosoftW untuk memudahkan beliau membuat tugasan yang telah diberikan kepada beliau sebagai setiausaha Surau Taman Sepakat Jaya.

Kelas tersebut bermula seawal 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Dengan bimbingan tenaga pengajar dari Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, Puan Habibah telah berjaya memahirkan diri menggunakan Microsoft Word setelah didedahkan dengan pelbagai fungsi yang terdapat didalam Microsoft Word. Kini, Puan habibah sudah mahir untuk membuat surat rasmi, catatan minit mesyuarat dan pelbagai lagi tugasan setiausaha dengan menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali